Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Jurucakap PBB Stéphane Dujarric berkata dalam taklimat media pada petang Rabu bahawa serangan udara Israel dan serangan lain terus menyasarkan kawasan berpenduduk, sekali gus membahayakan orang awam serta menyebabkan kerosakan harta benda.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran stok bekalan keperluan asas di semenanjung Gaza tidak mencukupi.
00:08Ia berikutan kekurangan dana serta sekatan berterusan yang menjejaskan keupayaan rakan kemanusiaan PBB menambah semula bekalan.
00:20Jurusyakab PBB, Stephen Dujarik berkata dalam talimat media pada petang rabu, serangan udara Israel dan serangan lain terus menyasarkan kawasan
00:28berpenduduk.
00:29Ia sekaligus membahayakan orang awam serta menyebabkan kerosakan harta benda.
00:34Beliau berkata serangan udara Israel pada selasa menyasarkan sebuah bangunan di kamp pelarian Al-Burij berhampiran Dair Al-Ballah yang
00:42menempatkan dua sekolah PBB dan digunakan sebagai pusat perlindungan sementara bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal selain sebuah kedai roti
00:51yang disokong PBB.
00:53Serangan itu menyebabkan kira-kira seratus keluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
00:57Dujarik sekali lagi menegaskan keperluan menghormati orang awam dan objek awam pada setiap masa termasuk pusat perlindungan serta kemudahan kemanusiaan.
Comments

Recommended