00:00Singapura terus berdepan ancaman keganasan yang tinggi dengan platform dalam talian menyumbang kepada proses radikalisasi khususnya dalam kalangan golongan muda.
00:10Manakala konflik berterusan di Asia Barat turut meningkatkan kebimbangan keselamatan.
00:16Jabatan Keselamatan Dalam Negeri atau ISD dalam laporan penilaian ancaman keganasan 2026 yang dikeluarkan pada Khamis berkata,
00:24Singapura kekal sebagai sasaran menarik bagi elemen pengganas.
00:31Manakala kemungkinan kepulangan pengganas asing ke Asia Tenggara meningkatkan ancaman keganasan di rantau ini.
00:37Menurut ISD, lapan rakyat Singapura ditahan atau dikenakan perintah sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA sejak Julai
00:452025.
00:46Mereka terdiri daripada seorang individu yang didorong motif politik untuk mengangkat senjata bagi pihak Turki menentang Greece serta tujuh lagi
00:55akibat pelbagai pengaruh ekstremis.
00:57Laporan itu turut menyatakan permainan dalam talian dan media sosial mempercepat proses radikalisasi khususnya dalam kalangan golongan muda menerusi pendedahan
01:07kepada kandungan ekstremis ganas.
01:09Selain itu, permainan dalam talian juga boleh membolehkan simulasi serangan pengganas.
01:14Jelasnya, fantasi keganasan boleh berkembang menjadi keinginan untuk melakukan keganasan di dunia sebenar dari semasa ke semasa.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments