Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Algeria memaklumkan negara itu berusaha sedaya upaya, berlandaskan semangat menghormati sepenuhnya prinsip yang mengawal hubungan antara negara, untuk menarik perhatian pihak UAE serta memberi amaran mengenai akibat serius yang mungkin timbul daripada tindakannya yang dikesali dan tidak berasas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Algeria pada Khamis mengumumkan keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Ameria Harap Bersatu UAE.
00:07Menurut negara itu pihaknya telah menggunakan segala cara untuk mengekalkan hubungan luar hala dengan UAE yang disifatkan semakin provokatif atau
00:17bersifat permusuhan.
00:21Kementerian 2 dalam kenyataan disiarkan agensi media rasmi negara itu, Algeria Press Service APS, memaklumkan pihaknya menunjukkan sikap menahan diri
00:28yang tinggi dan rasa tanggungjawab yang kuat sebagai tindak balas terhadap tindakan UAE itu.
00:33Menurut kementerian itu, Algeria berusaha sedaya upaya berlandaskan semangat menghormati sepenuhnya prinsip yang mengawal hubungan antara negara untuk menarik perhatian
00:44pihak UAE serta memberi amaran mengenai akibat serius yang mungkin timbul daripada tindakannya yang dikesali dan tidak berasas.
00:52Jelas kenyataan itu lagi, walaupun amaran berulang kali diberikan, UAE terus melakukan tindakan berkenaan sehingga mencapai tahap yang tidak lagi
01:01boleh dianggap wajar atau boleh ditoleransi dalam hubungan antara dua negara berdaulat atau dibiarkan tanpa sebarang tindak balas.
01:10Kementerian itu maklumkan Duta UAE telah dipanggil ke Kementerian Berkenaan di Algiers pada Khamis dan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan
01:18berkenaan.
01:19Duta itu diberi tempoh 48 jam untuk mematuhi keputusan berkenaan.
01:25UAE setakat ini belum memberikan sebarang ulasan mengenai keputusan Algeria itu.
Comments

Recommended