00:00Wakil Yaman ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa tindakan kumpulan Houthi kini menjadi ancaman serius kepada keselamatan
00:08dan kestabilan serantau.
00:10Menurut wakil tetap Yaman ke PBB, Abdullah Ali Fadil Al-Saadi, rantau Asia Barat sedang menyaksikan gelombang baru ketegangan yang
00:19didakwa digerakkan oleh kumpulan Houthi.
00:25Tidak hanya menyasarkan rakyat Yaman, malah turut melibatkan negara-negara jiran, orang awam dan kemudahan awam.
00:32Menurut Abdullah, pendekatan menangani setiap serangan secara berasingan tanpa penyelesaian menyeluruh, hanya memberikan kelebihan kepada Houthi untuk terus memperkukuh keupayaan
00:41mereka.
00:42Beliau turut mengecam serangan terbaharu kumpulan itu terhadap Arab Saudi dan menegaskan sokongan penuh kerajaan Yaman terhadap Riyad.
00:49Abdullah berkata, Yaman menolak sebarang usaha menggunakan wilayah negara itu untuk melancarkan serangan ke atas negara lain.
00:56Beliau turut menegaskan, Arab Saudi berhak mempertahankan kedaulatan dan keselamatannya.
01:01Tambahnya, Arab Saudi kekal menjadi rakyat Yaman dalam usaha menangani krisis yang berlarutan.
Comments