Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak menunjukkan penurunan berdasarkan dapatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak menunjukkan penurunan berdasarkan dapatan program Pentaksiran Pelajaran Antarabangsa PISA 2025.
00:09Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata, perkembangan itu perlu diberi perhatian kerana penglibatan keluarga memainkan peranan penting dalam perjalanan
00:17pendidikan anak-anak.
00:19Seorang ataupun ibu bapa tidak perlu menjadi cikgu kedua di rumah.
00:23Tak perlu tahu semua formula matematik pun, tak perlu duduk tiga jam pun untuk memantau kerja sekolah anak-anak.
00:31Tapi ia bermula dengan satu perkara yang sangat kecil sebagai sokongan kepada anak-anak.
00:38Ia bermula dengan keprihatinan seorang ibu atau bapa dan kedua-duanya sekali untuk duduk, mendengar dan bertanya,
00:49Macam mana hari ini abang sekolah? Macam mana kakak hari ini susah tak matematik? Cikgu mana yang garam itu?
00:57Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai keputusan PISA 2025 di Putrajaya pada Selasa.
01:04Berdasarkan dapatan PISA 2025, peratusan ibu bapa yang berbincang dengan anak mengenai aktiviti sekolah menurun kepada 51% berbanding 57
01:14% pada 2022.
01:15Penurunan lebih ketara direkodkan bagi ibu bapa yang berbincang mengenai masalah di sekolah daripada 46% pada 2022 kepada 34
01:27% pada 2025.
Comments

Recommended