Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kerajaan mengambil langkah memperkemas kawal selia industri sarung tangan getah bagi memastikan pengeluaran dan eksport produk berkenaan mematuhi standard serta dapat dijejaki dengan lebih berkesan.
Transcript
00:00Kerajaan memperketat peraturan berkaitan pembuatan dan ekspor sarung tangan getah bagi menangani isu lebihan kapasiti industri serta meningkatkan keboleh cecahkan
00:10produk keluaran Malaysia.
00:12Menteri Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata langkah menerusi Lembaga Getah Malaysia LGM itu penting bagi memastikan industri
00:19getah berkembang secara lebih mampan dan berdisiplin.
00:24Noraini berkata berdasarkan peraturan-peraturan permit dan pelisianan LGM 2014 hanya pengilang yang memiliki lesen pengeluaran produk getah yang sah
00:32dan bersesuaian dibenarkan menghasilkan sarung tangan getah di negara ini.
00:37Keperluan pelisianan penting bagi mengukuhkan kawal sedia industri selain memastikan aspek accountability kualiti dan pematuhan produk diberi perhatian.
00:46Katanya langkah itu juga membolehkan pengurusan kapasiti pembuatan dilaksanakan dengan lebih baik ketika industri berdepan lebihan kapasiti dan perlu bergerak
00:54ke arah pertumbuhan yang lebih mampan serta berdisiplin.
00:58Dalam para itu, LGM turut memperketat keperluan ekspor dengan mewajibkan nombor lesen ekspor dipaparkan pada bahan pembukusan sarung tangan getah
01:06bagi memperkukuh keboleh jejakan dan accountability rantaian bekalan.
01:10Ia bertujuan mengelakkan produk dan negara lain diekspor ke pasaran antarabangsa sebagai sarung tangan buatan Malaysia.
Comments

Recommended