00:00Kementerian Kesihatan mengesahkan empat petugas kesihatan di bawah kementerian itu terlibat dalam insiden helikopter perkhidmatan Dr. Udara FTS di Longdelang,
00:10Ulu Baram.
00:11Menteri Kesihatan Datuk Dr. Zulkifli Ahmad berkata ia meliputi seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan dan dua jururawat yang
00:20sedang dalam tugas rasmi.
00:22Jelasnya ia berdasarkan makluman awal diterima berhubung penerbangan itu yang berlepas dari Miri.
00:27Setakat ini katanya status kesemua kru dan penumpang serta punca kejadian masih belum dapat disahkan.
00:34Tegas beliau, KKM memantau rapi situasi ini dan bekerja sama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan bagi mendapatkan maklumat terkini dari
00:41lokasi kejadian.
00:42KKM juga dalam proses menghubungi waris serta ahli keluarga mangsa yang terlibat bagi memberikan sokongan sewajarnya.
Comments