Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Permintaan tenaga yang semakin meningkat susulan perkembangan sektor berimpak tinggi memerlukan Malaysia memperkukuh sistem tenaga negara, termasuk memastikan bekalan elektrik kekal stabil, berpatutan dan lebih bersih.
Transcript
00:00Malaysia perlu menjadikan reformasi tenaga sebagai antara agenda utama pertumbuhan ekonomi negara, terutama bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil, berpatutan
00:10dan lebih bersih, mampu menyokong kemasukan pelaburan.
00:14Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, isu tenaga kini tidak lagi boleh dilihat sebagai perkara berkaitan sektor
00:21atau kawal selia semata-mata, sebaliknya mempunyai ikatan langsung dengan daya saing dan perkembangan ekonomi negara.
00:28Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan sebanyak 6% pada suku kedua tahun ini selain pelaburan diluluskan berjumlah RM218.5
00:37bilion bagi separuh pertama tahun 2026, memerlukan perancangan tenaga dan pelaburan bergerak seiring.
00:44Katanya sektor seperti semikonduktor, pembuatan berteknologi tinggi, pusat data dan perkhidmatan digital memerlukan bekalan elektrik yang stabil selain grid yang
00:54lebih kukuh serta penggunaan tenaga bersih yang meluas.
00:57Akmal berkata peralihan tenaga juga boleh membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pekerjaan.
01:02Pada masa sama, beliau menegaskan peralihan tenaga tidak boleh hanya tertumpu kepada penambahan kapasiti tenaga boleh baru, sebaliknya perlu disokong
01:11dengan pemodenan grid, sistem penyimpanan tenaga, pendigitalan infrastruktur dan peningkatan kecekapan tenaga.
01:18Akmal berkata demikian di Majlis Pembukaan Energy Regulatory Insights ERI 2026 yang bertemakan energi reform powering growth di Sunway pada
01:29Selasa.
01:30Terima kasih.
01:31Terima kasih.
01:31Terima kasih.
Comments

Recommended