00:00Kanada mengambil langkah lebih tegas dalam pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat apabila mengumumkan tarif import baharu sehingga 50% ke
00:09atas ratusan produk dari negara itu berkuat kuasa hari ini.
00:13Perdana Menteri McCartney berkata, langkah berkenaan bertujuan memberi tekanan kepada pentadbiran Presiden Donald Trump selain mengukuhkan kedudukan Kanada dalam merundingan
00:22perdagangan dengan rakan dagang terbesarnya itu.
00:28Antara tindakan utama ialah kenaikan tarif import produk keluli Amerika Syarikat daripada 25% kepada 50%.
00:34Selain itu, pelbagai barangan pengguna seperti motosikal, kosmetik dan keju turut dikenakan tarif baru.
00:41Keputusan itu dijangka memberi kesan besar kepada pengekspor Amerika Syarikat, khususnya di Michigan dan Ohio yang mempunyai hubungan perdagangan rapat
00:49dengan Kanada.
00:50Kedua-dua negeri itu juga bakal berdepan persaingan sengit dalam pilihan raya penggal pertengahan Amerika Syarikat.
00:56Walaupun langkah itu berisiko, Karni dilihat yakin dengan pendekatannya meskipun pernah menarik badik beberapa tarif balas yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.
01:06Washington pula menegaskan tidak akan berkompromi dengan tindakan balas daripada negara lain.
01:11Ketegangan ini turut menimbulkan kebimbangan kepada syarikat multinasional seperti Bombardier yang bergantung kepada rantaian bekalat rentas sempadan.
01:19Pesawat keluaran syarikat itu menggunakan komponen daripada beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk Texas, Iowa dan Indiana.
01:28Sebelum ini kedua-dua negara dilaporkan hampir mencapai persetujuan perdagangan selepas beberapa minggu rundingan.
01:34Malah Presiden Donald Trump pernah mengumumkan satu perjanjian awal telah dicapai namun rundingan itu akhirnya gagal dimuktamadkan.
01:42Kegagalan rundingan itu mencetuskan perang mulut antara kedua-dua pihak sekaligus menunjukkan hubungan perdagangan Kanada dan Amerika Syarikat masih berada
01:50dalam keadaan tegang tanpa sebarang penyelesaian yang jelas.
Comments