00:00Sebuah helikopter milik layang-layang aerospace yang membawa empat kaki tangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan seorang juruterbang terhempas ketika
00:09cuba melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Long Lelang di Ulu Baram, Sarawak.
00:15Insiden berlaku sekitar jam 3.40 petang dengan helikopter jenis BU-105 dengan nombor pendaftaran 9MLLF itu menghampiri landasan dalam
00:28keadaan bahagian atasnya terbakar berdasarkan laporan awal pasukan perubatan dan penyelamat tiba di lokasi sekitar jam 3.46 petang.
00:38Operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan bagi mencari jika ada penumpang yang terjun sebelum terhempas.
00:47Difahamkan helikopter berkenaan berkhidmat sebagai doktor udara atau khidmat perubatan kecemasan dengan call sign medic 3.
00:56Berdasarkan manifest penumpang, mereka yang berada di dalam pesawat tersebut merupakan seorang pegawai perubatan, dua jururawat dan seorang penolong pegawai
01:07perubatan.
01:07Sementara itu, CAAM dalam satu kenyataan ringkas berkata pihaknya menerima makluman dan mengesahkan mengenai kejadian itu sekitar jam 3.58
01:18petang.
01:19Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan katanya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut bahagian 26 Peraturan-Peraturan
01:30Penerbangan Awam 2016.
01:32Untuk rekod, perkhidmatan doktor udara melakukan penerbangan di 97 lokaliti di seluruh Sarawak, terutama di kawasan pedalaman kapit, miri dan
01:44limbang yang tidak memiliki akses darat atau terlalu jauh di pedalaman.
01:49Terima kasih.
01:51Terima kasih.
01:51Terima kasih.
Comments