Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Industri perlu mempercepatkan penggunaan automasi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, selain memastikan operasi dan pengeluaran terus berdaya saing.
Transcript
00:00Kebergantungan terhadap pekerja asing perlu dikurangkan secara berperingkat dengan industri digesa mempercepatkan penggunaan otomasi bagi memastikan operasi dan pengeluaran kekal
00:10berdaya saing.
00:11Menteri Pelaburan, Pertegangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu penting memandangkan negara tidak lagi boleh bergantung
00:19kepada bekalan pekerja asing seperti sekarang.
00:22Beliau berkata usaha memperluas penggunaan otomasi perlu melibatkan semua syarikat termasuk perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS bagi memastikan industri
00:32bersedia menghadapi perubahan dalam pasaran tenaga kerja.
00:35Johari berkata jumlah pekerja asing pernah mencecah kira-kira 2.6 juta orang susulan kelonggaran pengambilan sebelum ini yang membantu
00:43industri memenuhi keperluan pekerjaan 3D serta menyokong pengeluaran dan ekspor negara.
00:48Bagaimanapun beliau menegaskan tenaga kerja asing bukan bertujuan menggantikan pekerja tempatan, sebaliknya penggunaannya perlu dikawal agar tidak menimbulkan ketidakseimbangan persaingan
00:58antara syarikat.
01:00Pada masa sama, gaji dan nilai ekonomi sesuatu pekerjaan perlu lebih menarik untuk menggalakkan rakyat tempatan menyertainya.
01:07Sehubungan itu, kerajaan mahu menggalakkan ekonomi digital, penggunaan platform digital dan otomasi supaya industri dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Comments

Recommended