00:00Harga minyak dunia terus meningkat apabila pasaran memberi tumpuan kepada perkembangan perjanjian antara Iran dan Uman bagi mengawal pergerakan kapal
00:08di Selat Hormuz yang berpotensi memberi kesan kepada bekalan tenaga global.
00:13Harga minyak West Texas Intermediate diniagakan melebihi $92 USD manakala minyak mentah brand berada pada paras $97 USD.
00:25Iran memalumkan perjanjian itu kini di peringkat akhir dan merangkumi laluan selamat sementara di Selat Hormuz sekaligus mencetuskan persoalan mengenai
00:33reaksi AS susulan serangan terhadap kapal tangki Iran pada hujung minggu lalu.
00:38Teheran turut memberi amaran bahawa kapal yang belaya berhampiran perairan Oman berdepan risiko diserang.
00:44Situasi itu menambah kebimbangan dalam kalangan pedagang terhadap keselamatan laluan perkapalan yang menjadi antara nadi utama bekalan minyak dunia.
00:50Harga niaga harapan minyak melonjak minggu lalu dan secara keseluruhan meningkat lebih 30% sejak konflik kembali memuncak pada penghujung
00:58Februari.
00:59Walaupun ancaman terhadap perkapalan semakin meningkat, bekalan minyak masih diteruskan melalui laluan berkenaan.
01:04Namun beberapa kapal tangki dilaporkan mematikan sistem pengenalan otomatik bagi mengelakkan dikesan ketika melalui kawasan berisiko tinggi.
01:12Dalam perkembangan berkaitan, fasiliti minyak milik Saudi Aramco di Jazan berhampiran Laut Merah sekali lagi menjadi sasaran serangan pada Isnin.
01:19Walaupun tidak menyebabkan kerusakan besar, insiden itu menambah kebimbangan terhadap keselamatan infrastruktur tenaga di rantau berkenaan.
Comments