Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Berikut adalah gambaran lokasi helikopter yang membawa doktor dipercayai terhempas di Long Lellang.
Transcript
00:00Untuk berikan sedikit gambaran berdasarkan maklumat yang kita ada ketika ini, ini merupakan perkembangan yang masih lagi berlangsung dan kita
00:06akan bawa perkembangan khusus berdasarkan maklumat-maklumat rasmi dari semasa ke semasa.
00:10Tapi untuk waktu ini, sedikit gambaran berkenaan dengan lokasi berlakunya tragedi pesawat terhempas ini, kita boleh saksikan di peta ini.
00:17Ia melibatkan kawasan di luar kawasan pinggiran daripada Sarawak seperti yang saya saksikan, ini merupakan kawasan yang berdekatan dengan sempadan
00:27Indonesia.
00:28Lung Lelang berada jauh di pedalaman di kawasan yang berhampiran dengan Kalimantan dan hampir dengan Brunei dan kita dipahamkan bahawa
00:37Lung Lelang berada di kawasan ini dan lapangan terbang tersebut berada di kawasan yang jauh daripada kawasan pembangunan dan berada
00:47di kawasan luar bandar.
00:47Tapi untuk memberikan gambaran lebih jelas, bukan sahaja melihat kepada soal kedudukan geografinya, tapi juga untuk memahami bagaimana kemungkinan faktor
00:56visibiliti pengudaraan dan juga penerbangan memberikan kesan langsung kepada bagaimana pesawat itu menjalankan operasinya, membawa pegawai-pegawai kesihatan dalam pesawat
01:09tersebut.
01:09Kerana berdasarkan kepada API, Indeks Pencemaran Udara Ketiki ini berdasarkan sistem pengurusan Indeks Pencemaran Udara Negara, Sarawak masih lagi terjejas
01:19dengan jerebu ketiki ini.
01:20Walaupun bacaan tidak sihat hanya dicatatkan di sekitar kawasan di Kuching tetapi kawasan insiden iaitu di Lung Lelang mencatatkan khususnya
01:31di Miri mencatatkan bacaan sekitar 173.
01:34Tapi juga kita harus faham bahawa di Lung Lelang yang berada jauh daripada kawasan stesen pengesanan Indeks Pencemaran Udara maka
01:42tidak pasti bagaimana situasi udara di kawasan itu.
01:47Dan selain daripada itu, selain daripada data daripada APIMS, kita juga boleh saksikan di sini, ini merupakan data daripada laman
01:55sesawang ASMC iaitu Pusat Khusus Meteorologi ASEAN bagi kawasan di Sarawak dan Sabah iaitu di Borneo.
02:04Kita boleh saksikan titik panas masih lagi banyak di kawasan Kalimantan, Kalimantan Barat dan juga Kalimantan Timur yang itu memberikan
02:11kesan secara langsung kepada pengedaran jerebu dan asap daripada negara jiran ke kawasan dalam negara.
02:19Walaupun berdasarkan kepada peta ini, kita dapat saksikan bahawa tumpuan jerebu ketika ini masih lagi berada di Barat Sarawak, di
02:28kawasan sekitar Kuching, tidak melibatkan selangsung kawasan di Miri dan juga di Lung Lelang.
02:34Tapi ini memberikan gambaran berkenaan bagaimanakan visibiliti penerbangan bagi pesawat tersebut.
02:39Sama ada situasi jerebu, situasi cuaca ini memberikan kesan dan impak langsung kepada kemalangan yang berlaku.
02:45Itu yang akan kita bawakan dari semasa ke semasa dan kita akan jelaskan kepada anda dan bawakan perkembangan itu.
Comments

Recommended