00:00Jika masih hidup, carilah mereka dan bawa pulak.
00:04Jika sudah tiada, cari, kenal pasti jasad mereka dan bawa pulang ke tanah air.
00:10Itu harapan keluarga bangsa yang masih hilang dalam kejadian banjir besar di Nepal selepas 14 hari tanpa sebarang khabar.
00:18Harapan itu disandarkan kepada pasukan mencari tan minyelamat khas Malaysia Smart untuk merungkai nasib insan tersayang.
00:26Wakil keluarga Dr. R. Manivanan ketika dihubungi Estro Awani berkata,
00:31selagi belum ada pengesahan rasmi mengenai nasib mangsa, mereka tidak mahu berputus asa.
00:37Katanya ahli keluarga mangsa berpandangan kebarang kalian untuk menemukan rakyat Malaysia yang masih hidup semakin rendah selepas 14 hari,
00:45melainkan jika terdapat mangsa yang masih terkandas atau berlindung di lokasi tertentu yang belum dikenalpasti.
00:51Manivanan berkata mereka bagaimanapun tetap berharap usaha pencarian diteruskan selagi tiada pengesahan rasmi mengenai nasib mangsa.
01:00Pada masa sama beliau berpandangan operasi perlu dilaksanakan menerusi dua landasan serentak,
01:05iaitu mencari mangsa yang masih hidup dan mengenalpasti mereka yang dipercayai sudah terkorban.
01:10Justru beliau berharap pasukan forensik dan disaster victim identification DVI perlu digerakkan segera,
01:17termasuk mempercepatkan proses pengambilan dan pemadanan DNA.
01:21Menurutnya, kepakaran khusus dalam bidang pengenalpastian mangsa juga wajar digerakkan bagi membantu mempercepatkan proses berkenaan.
01:30Katanya negara seperti Singapura dan Jepun menggerakkan kepakaran khusus bagi membantu proses pengenalpastian mangsa.
Comments