Skip to playerSkip to main content
  • 32 minutes ago
Enam remaja lelaki termasuk lima pesalah bawah umur yang masih bersekolah dihadapkan ke Mahkamah Kangar atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun pada, Julai lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Enam remaja lelaki termasuk lima pesalah bawah umur yang masih bersekolah dihadapkan ke Mahkamah Kangar atas pertuduhan merogol seorang kanak
00:08-kanak perempuan berusia 15 tahun pada Julai lalu.
00:11Pertuduhan pertama di Mahkamah Session, seorang remaja lelaki tidak bekerja berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di
00:19sekitar kawasan Sanglang pada 18 Julai lalu sekitar pukul 2 pagi.
00:23Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Sub-Seksyen 1 Kanun Kesiksaan dan jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara
00:31maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sempatan.
00:36Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis
00:43berdekatan pada setiap bulan sehingga kes selesai.
00:46Selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendawaan. Sebutan semua kes bagi serahan dokumen ditetapkan pada 9 Oktober depan.
00:53Sementara itu bagi proseding di Mahkamah Magistrit, 5 lagi remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun mengaku bersalah atas
01:01pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur sebaik pertuduhan dibacakan di harapan Magistrit Ana Rozana Mohd Nur.
01:08Mengikut pertuduhan, kesemua mereka itu didakwa merogol mangsa yang sama secara berkumpulan di lokasi berkenaan dalam dua kejadian berasingan.
01:15Kejadian pertama didakwa dilakukan oleh dua tertuduh masing-masing berusia 15 dan 17 tahun antara pukul 3 pagi hingga 4
01:23pagi pada 18 Julai.
01:25Manakala kejadian kedua membabitkan empat tertuduh antara jam 2 pagi hingga 5 pagi pada 19 Julai.
01:32Semua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan
01:39tidak melebihi 30 tahun.
01:41Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 bagi setiap pertuduhan manakala seorang lagi tertuduh berusia 15 tahun yang berdepan dua
01:50pertuduhan dikenakan jumlah jaminan sebanyak RM1,000.
01:53Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Oktober depan bagi meneliti laporan akhlak dan pembentangan fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan.
Comments

Recommended