00:00Salam sejahtera, niagawani di waktu ini kita mulakan dengan kerajaan mempergiat usaha menarik pelaburan ke wilayah Pantai Timur menerusi kerja
00:09sama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Maida bersama kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu serta lebih 10 agensi berkaitan.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif Maida, Datuk Syekh Samsul Ibrahim Syekh Abdul Majid berkata, ketiga-tiga negeri merekodkan RM61.4 bilion pelaburan
00:28diduluskan bagi tempoh 2021 hingga Jun 2026 membabitkan 1,746 projek dan berpotensi menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan.
00:42Katanya pembangunan East Coast Railing atau ICRL yang dijangka beroperasi Januari tahun depan turut dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan
00:50ekonomi dan pelaburan baharu di sepanjang koridor berkenaan.
00:53Antara peluang yang dikenal pasti termasuk pembangunan hub logistik, industri, aktiviti berkaitan kargo serta projek berorientasikan transit selain membuka ruang
01:02lebih luas kepada syarikat tempatan untuk menyertai rantaian bekalan.
01:05Dalam pada itu, sesi klinik perniagaan yang disediakan bersama lebih 10 agensi kerajaan memberi peluang kepada lebih 70 syarikat mendapatkan
01:14khidmat berkaitan kerulusan, utiliti, tenaga kerja, percukaian dan pelaksanaan projek.
01:19Ia selaras usaha menjadikan pantai timur destinasi pelaburan yang lebih berdaya saing.
Comments