00:00Pakatan Harapan mengambil maklum bahawa naratif yang ingin dibawa oleh Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang bergabung dalam pilihan raya
00:10Negeri Sembilan ialah bahawa mereka sedang memperjuangkan perpaduan umat.
00:17Walaupun perpaduan umat pada dasarnya adalah sesuatu yang baik namun ianya tetap bergantung kepada tujuan di sebalik perpaduan itu ingin
00:32dibentuk.
00:32Allah mengajar kita dalam Al-Quran, tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu tolong menolong atas kejahatan
00:45dan perbalahan.
00:48Surah Al-Ma'idah ayat no.2
00:52Persoalannya sekarang, adakah perpaduan yang ingin dibina ini adalah atas kebaikan dan ketakwaan atau kejahatan dan perbalahan?
01:04Apabila ianya bertujuan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang jelas berprestasi tinggi dan dijatuhkan tanpa alasan yang munasabah,
01:15ianya sebuah perpaduan yang dibina atas kejahatan dan perbalahan.
01:22Seharusnya dilakukan sebaliknya, iaitu dibina perpaduan untuk membantu dan menyokong prestasi baik kerajaan yang ada.
01:33Perpaduan yang dibina untuk menyokong kerajaan yang berprestasi baik adalah perpaduan yang dibina atas kebaikan dan ketakwaan.
01:42iaitu perasaan takut dan akan kemurkaan Allah.
Comments