Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
ECRL berpotensi merancakkan ekonomi Pantai Timur menerusi logistik lebih cekap, namun pembangunan bakat dan prasarana perlu diperkukuh.
Transcript
00:00Projek laluan ril pantai timur ECRL berpotensi menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
00:08Bagaimanapun, pembangunan infrastruktur sokongan serta bakat tempatan perlu diperkukuh bagi memastikan manfaat ekonomi projek itu dapat dimaksimumkan.
00:19Prof. Fakulti Kejuruteraan Teknologi dan Binaan Universiti UCSI Prof. Dr. Ahmad Ibrahim melihat ECRL membuka peluang besar untuk menjana pertumbuhan
00:31ekonomi serta meningkatkan nilai aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai timur.
00:36Menurut beliau, sebelum manfaat tersebut dapat direalisasikan sepenuhnya aspek prasarana dan pembangunan modal insan perlu diberikan perhatian agar kemudahan ril
00:46dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan oleh industri dan komuniti setempat.
00:51Tambah beliau, ECRL bukan sekadar projek pengangkutan malah berupaya mengubah landscape logistik negara dengan menyediakan sistem pengangkutan yang lebih cekap
00:59dan berdaya saing.
01:00Jadi, dengan ECRL ini ada peluang untuk menggerakkan logistik yang lebih efisien. Jadi, saya tengok ini ada peluang untuk membangunkan
01:12downstream,
01:13mumpamanya dari segi kelapa sawit, dari segi getah dan lain lagi yang boleh kita gunakan ECRL ini untuk mendapat pasaran
01:27di antarabangsa.
01:29Beliau berpandangan manfaat jangka panjang ECRL bergantung kepada sejauh mana negeri-negeri yang terlibat bersedia membangunkan ekosistem ekonomi yang mampu
01:37menarik pelaburan,
01:39mewujudkan pekerjaan berkualiti dan meningkatkan produktiviti.
Comments

Recommended