Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Transcript
00:05Tidak ada kempen khas dilaksanakan JPN bagi mewajibkan orang ramai mengemaskini atau menukar alamat tempat kediaman pada MyCard masing-masing.
00:13Malah tiada operasi khas dijalankan bagi mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia yang belum mengemaskini alamat pada MyCard.
00:21Sabah mencipta sejarah apabila meluluskan RUU Perwarisan Orang Islam 2026 yang menjadi undang-undang pertama di Malaysia khusus berkaitan pengurusan
00:31harta pusaka orang Islam di bawah punca kuasa dan bidang kuasa mahkamah syariah.
00:37Arab Saudi dan Amerika Syarikat memeterai perjanjian kerjasama penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan aman yang membolehkan Riyad membangunkan program tenaga
00:46nuklear awam secara sendiri sekaligus memperluas kerjasama dua negara.
Comments

Recommended