00:00Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang RUU dasar pertahanan berskala besar pada Rabu dengan keputusan undian yang sangat
00:08tipis di sebalik bantahan daripada ahli Parlimen Demokrat.
00:12Menurut laporan Reuters, RUU Kebenaran Pertahanan Negara bagi Tahun Fiskal 2027 atau NDAA memperuntukkan berbelanjaan ketenteraan sebanyak 1.15 triliun
00:24dolar Amerika diluluskan dengan sokongan 216 berbanding 212 undi menentang.
00:33Undian sebahagian besarnya mengikut garis parti apabila hampir semua ahli Republikan menyokong RUU berkenaan manakala kebanyakan ahli Demokrat menolaknya.
00:42Menurut Reuters, ahli Demokrat membangkitkan kebimbangan terhadap nilai perbelanjaan yang terlalu besar untuk Pentagon, khususnya ketika pentadbiran Presiden Donald Trump
00:51dan parti Republikan sedang melaksanakan pengurangan perbelanjaan bagi pelbagai program sosial.
00:57Jelasnya kebimbangan berkaitan konflik melibatkan Iran serta satu peruntukan dalam RUU itu dikatakan akan memperkukuh hubungan kerjasama antara Pentagon dan
01:06Israel.
01:06Dalam pada itu, parti Republikan menegaskan perbelanjaan melebihi 1 triliun dolar itu adalah penting untuk menyokong operasi ketenteraan Amerika dalam
01:14konflik melibatkan Iran.
01:16Tegas mereka peruntukan tersebut juga diperlukan bagi membiayai pembangunan sistem pertahanan, pembelian peralatan ketenteraan serta meningkatkan kebajikan anggota tentera.
01:25Antara langkah yang dicadangkan termasuk kenaikan gaji sehingga 7% kepada anggota tentera serta pembinaan kemudahan BEREC dan perumahan keluarga
01:34tentera.
Comments