00:005 individu dilaporkan meninggal dunia dan 82 lagi dijangkiti wabak penyakit Legionnaires yang melanda kawasan Upper East Side, New York
00:08City.
00:09Datuk Bandar New York, Zohoran Mamdani berkata setakat ini tiada kes baru dilaporkan dalam tempoh seminggu terakhir dan tiada individu
00:16mengalami simptom baru dalam tempoh lebih 10 hari.
00:22Pihak berkuasa New York City memaklumkan mereka percaya telah mengenalpasti dan menghapuskan punca wabak penyakit Legionnaires itu.
00:32Zohoran berkata menara penyejuk Cooling Towers yang didapati positif bakteria Legionella telah diarahkan untuk dibersihkan dan ninyah jangkit.
00:40Pesuruh Jaya Kesihatan New York City, Dr. Alistair Martin menjelaskan menara penyejuk yang digunakan untuk mengawal sistem penyejukan bangunan boleh
00:49menjadi tempat pembiakan bakteria Legionella apabila keadaan cuaca panas dan lembab.
00:55Menurut beliau, pihak berkuasa telah memereksa sebanyak 183 menara penyejuk di kawasan terlibat.
01:01Daripada jumlah itu, 76 menara didapati positif bakteria Legionella menerusi ujian PCR manakala 34 sampel kultur awal mengesahkan kewujudan bakteria
01:12hidup.
01:13Dr. Martin berkata pihaknya kini menjalankan analisis penjujukan genom bagi membandingkan sampel bakteria yang ditemui pada menara penyejuk dengan sampel
01:23pesakit.
01:23Langkah itu bertujuan mengenalpasti secara tepat sumber wabak yang dipercayai berpunca daripada satu atau dua menara penyejuk di kawasan berkenaan.
01:33Setakat ini, 56 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital, 13 individu tidak memerlukan rawatan di hospital dan 8 lagi masih
01:42menerima rawatan.
01:44Zohran turut menegaskan penyakit Legionella tidak merebak daripada seorang individu kepada individu lain.
01:50Pihak berkuasa kesihatan akan terus memantau situasi bagi memastikan wabak berkenaan dapat dikawal sepenuhnya.
Comments