Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan kepada usaha melahirkan penjaga warga emas yang berkemahiran dan berpengetahuan sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua menjelang 2030. Melalui Pelan Tindakan Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Ekonomi Penjagaan Malaysia 2026–2030, kerajaan menyasarkan pembangunan 50,000 penjaga profesional bagi memperkukuh ekosistem penjagaan dan kesejahteraan warga emas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Langkah melahirkan penjaga yang berkemahiran dan berpengalaman akan menjadi agenda utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM dalam menyediakan
00:11penjagaan khusus bagi warga emas.
00:13Menurut Timbalan Menterinya Lim Huying, kerajaan melihat isu melibatkan warga emas sebagai agenda isu keselamatan sosial negara yang memerlukan pendekatan
00:22secara menyeluruh.
00:26Sehubungan itu, kerajaan melancarkan beberapa langkah merangkumi penglibatan beberapa kementerian demi kebajikan warga emas di negara ini.
00:34Kerajaan tidak lagi melihat isu ini sebagai satu isu kemajikan sebata-bata, sebaliknya sebagai satu agenda keselamatan sosial negara yang
00:44holistik.
00:45Dalam hal ini, pendekatan whole of nation perlu diambil memandangkan isu ini perlu didepani melalui pelbagai sudut yang melibatkan bidang
00:54kuasa dan kepakaran merentasi pelbagai kementerian dan pihak swasta.
00:59Di pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peranan yang ditumpukan pada masa ini adalah untuk melahirkan penjaga yang berpengetahuan
01:09dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan masyarakat.
01:13Bagi tujuan ini, KPWKM telah membangunkan pelan tindakan warga emas negara iaitu PTWEN 2026-2030 bagi memandu pelaksanaan dasar, program
01:26dan inisiatif berkaitan warga emas dalam tempoh 2026 sehingga 2030.
01:31Pelan ini dibangunkan sebagai langkah persediaan Malaysia menghadapi status negara tua serta bagi memperkukuh kesejahteraan, pelindungan dan penyertaan aktif warga
01:43emas dalam masyarakat.
01:44Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusof mengenai perancangan kerajaan untuk membiayai kos penjagaan warga emas, khususnya yang
01:53memerlukan penjagaan jangka panjang serta rawatan penyakit kronik.
01:57Menurut Hu Ying, antara langkah yang telah dilancarkan oleh KPWKM adalah kerangka strategik dan pelan tindakan ekonomi penjagaan Malaysia 2026
02:05-2030.
02:07Pelan tersebut dilancarkan dengan tujuan khusus bagi memperkukuh ekosistem penjagaan negara dan melahirkan 50,000 penjaga profesional sebagai persediaan bagi
02:16menghadapi status negara tua pada 2030.
02:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended