00:00Seorang Presiden sebuah NGO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kota Kinabalu pada Rabu
00:05atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
00:12Mengikut pertuduhan, Makin Sosnawai, 67 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu sekitar tahun 2022
00:20di Tapak Pembinaan Dewan Kebudayaan dan Galeri Rungus Kota Marudu.
00:24Tertuduh didakwa menggunakan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah PRBS
00:31untuk mendapatkan suapan berupa peruntukan pembinaan dewan berjumlah RM2 juta daripada Kementerian Keuangan Sabah.
00:38Tertuduh didakwa mengemukakan permohonan dan melaksanakan sendiri pembinaan dewan berkenaan
00:43tanpa mendapat persetujuan Ahli Majlis Tertinggi PRBS
00:47selain mempunyai kepentingan dalam menguruskan permohonan peruntukan serta pelaksanaan projek tersebut.
00:52Makin Sos didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23-1 Akta SPRM 2009
00:59yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24-1 Akta Sama.
01:05Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin tempatan.
01:10Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 27 Ogos dan tarikh perbicaraan pada 2 hingga 4 November depan.
01:22Terima kasih kerana menonton!
01:24Terima kasih kerana menonton!
Comments