Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Perdana Menteri menjelaskan kemakmuran sebenar perlu diterjemahkan kepada pekerjaan bermakna, perumahan mampu milik, penjagaan kesihatan yang mudah dicapai, pendidikan berkualiti, serta mobiliti sosial yang lebih baik.
Transcript
00:00Prinsip ekonomi manusiawi akan menjadi antara pertimbangan utama kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027.
00:07Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada peningkatan maruah, kesejahteraan dan peluang kepada rakyat.
00:16Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata penyediaan Belanjawan 2027 akan mula dirangka pada bulan depan.
00:24Perdana Menteri menjelaskan Belanjawan 2027 perlu mengambil kira persoalan asas mengenai tujuan sebenar pembangunan ekonomi, bukan sekadar mengejar angka pertumbuhan,
00:35pelaburan atau produktiviti.
00:52Despite these pressures, I have not lost sight of this fundamental question that we encapsulate in the Madani framework.
01:02The budget, growth, economic policies, semiconductor strategy, energy transition, digital transformation
01:18cannot ignore our attempt to restore the moral purpose of governance and development.
01:30It is not a slogan to be placed on banners. It must be reflected in policy, institutions and conduct.
01:43Perdana Menteri berucap merasmikan Human Economy Global Discourse 2026 di pusat dagangan dunia Kuala Lumpur pada Khamis.
01:51Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan ekonomi manusiawi bukan bermaksud menolak kemodenan, perusahaan, pasaran atau teknologi.
02:01Sebaliknya memastikan kemajuan tersebut meningkatkan keupayaan manusia tanpa menyebabkan lebih ramai tersisih.
02:09Tegas beliau, Malaysia mesti kekal berdaya saing, produktif dan terbuka kepada pelaburan.
02:14Namun kehidupan ekonomi mesti kembali dihubungkan dengan tujuan moral.
02:20Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, setiap keputusan besar kerajaan perlu dinilai berdasarkan persoalan.
02:27Sama ada pertumbuhan yang dicapai, mampu memperluas peluang, mengukuhkan keluarga dan komuniti.
02:33Beliau menjelaskan kemakmuran sebenar perlu diterjemahkan kepada pekerjaan bermakna.
02:38Perumahan mampu milik, penjagaan kesihatan yang mudah dicapai, pendidikan berkualiti serta mobiliti sosial yang lebih baik.
Comments

Recommended