00:00Jumlah ekspor negara bagi suku tahun pertama 2026 menerusi pelaksanaan Plan Induk Perindustrian Baru NIMP 2030 meningkat sebanyak 22.4
00:11% bersamaan 1.796 triliun ringgit.
00:15Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, kejayaan tersebut akan diteruskan dengan meningkatkan peranan sektor perusahaan kecil dan sederhana
00:26PKS menerusi langkah transformasi ke arah pendigitalan selaras dengan hasrat NIMP 2030 yang ingin mewujudkan lebih 3,000 kilang pintar
00:37menjelang 2030.
00:38Tuan Yang Dipertua, salah satu inisiatif utama NIMP adalah untuk PKS adalah program otomasi dan digitalisasi iaitu program Smart Tech
00:50Up.
00:51Program ini disokong menerusi dana pembangunan industri NIMP, dilaksanakan sebagai intervensi ke arah peningkatan produktiviti serta mempercepatkan transformasi PKS dan
01:04MTC.
01:05MTC adalah mid-tier companies ke arah digitalisasi selaras dengan sasaran NIMP untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.
01:15Setakat 30 Jun 2026, sebanyak 32 kilang telah dikenalpasti sebagai kilang pintar di bawah program Smart Tech Up ini.
01:23Selain itu, 61 syarikat telah diiktiraf sebagai kilang pintar di bawah program pengiktirafan kilang pintar oleh Sirim dan Mari.
01:31Secara keseluruhannya, 93 syarikat telah menerima pengiktirafan kilang pintar setakat 30 Jun 2026, manakala tambahan 68 syarikat lagi dijangka akan
01:44mencapai tahap pengiktirafan tersebut menjelang akhir tahun 2026,
01:50menjadikan jumlah keseluruhan kilang pintar kepada 161 syarikat menjelang Desember 2026.
01:56Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan Syekh Umar Bagharib Ali berhubung perkembangan pelaksanaan NIMP 2030
02:06serta pencapaiannya dalam meningkatkan produktiviti dan penyertaan PKS.
02:11Dalam pada itu, Sir Zin turut memaklumkan bahawa MITI kekal komited meningkatkan jumlah peluang pekerjaan menerusi NIMP 2030
02:20dengan sasaran sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.
02:26Menurutnya, setiap kejayaan yang dicapai menerusi pelan NIMP 2030 ini akan memfokuskan kepada industri berimpak tinggi
02:34termasuk kecerdasan buatan AI serta teknologi baru berimpak tinggi iaitu kenderaan elektrik EV.
Comments