00:00Peningkatan pengurangan dan pemberhentian pekerja profesional ketika ini dilihat berkait dengan tekanan ekonomi global, termasuk konflik di Asia Barat yang
00:09memberi kesan kepada kos operasi syarikat.
00:13Perunding sumber manusia, Faizal Ridon berkata peningkatan harga bahan mentah yang dianggarkan mencecah sehingga 20% telah memberi tekanan kepada
00:21aliran tunai syarikat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.
00:27Menurut Faizal, apabila ekonomi berdepan ketidaktentuan, pelanggan cenderung menjarakkan tempoh pembayaran kepada pembekal dan syarikat sekaligus menjejaskan kedudukan kewangan organisasi.
00:38Jelasnya kehilangan dan pemberhentian pekerja dalam kalangan golongan profesional tidak semestinya mencerminkan keadaan ekonomi yang tidak sihat.
00:47Menurutnya, sebahagian besar pekerja berkemahiran tinggi yang meninggalkan organisasi berbuat demikian menerusi skim pemisahan sukarela VSS atau skim pemisahan bersama
00:57MSS dan bukannya akibat penutupan operasi syarikat.
01:02Sebenarnya bukanlah maknanya mereka hilang kerja ini tanda yang tidak sihat. Sebenarnya kalau kita lihat data yang berasingan, kebanyakan golongan
01:10yang profesional mahir ini sebenarnya mereka banyak mengambil tawaran VSS.
01:14Ada syarikat terkesan, mereka tak menutup keseluruhan operasi. Jadi mereka menawarkan VSS. Dan kebanyakan mereka-mereka yang mahir ini, mereka
01:21lebih cenderung untuk mengambil pakej itu.
01:24Sebab mereka merasakan bahawa mereka boleh dapat pekerjaan dengan cepat berbanding pekerja kurang mahir. Untuk pekerja kurang mahir, mereka biasanya
01:32menolak untuk VSS.
01:33Sebab jika mereka dah stabil dengan satu company itu, nak beralih ke company lain itu, mereka tahu dapat duit tapi
01:39amount itu tak mencukupi untuk mereka dapat company yang lebih baik dari sudut benefit dan sebagainya.
01:44Berbanding pekerja mahir, mereka ada bakat yang lebih baik. Jadi mereka pun dapat gaji lebih baik dan tentulah pampasan yang
01:50lebih baik. Dan mereka boleh menyesuaikan diri mereka dengan pasaran.
01:54Dalam pada itu, Faizal menegaskan faktor paling penting bagi memastikan kestabilan pasaran buruh negara adalah kemampuan Malaysia menarik pelaburan baharu
02:03secara berterusan.
02:04Beliau berpandangan, kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur perlu terus diperkukuh bagi memastikan peluang pekerjaan dan pembangunan bakat tempatan dapat terus
02:15berkembang.
02:16Beliau bercakap demikian dalam rancangan Pantau Belanjawan pada Khamis.
Comments