Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tiada kempen khas dilaksanakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mewajibkan orang ramai mengemas kini atau menukar alamat tempat kediaman pada kad pengenalan (MyKad) masing-masing.
Transcript
00:00Tiada kempen khas dilaksanakan Jabatan Pendaftaran Negara JPN bagi mewajibkan orang ramai mengemaskini atau menukar alamat tempat kediaman pada kad
00:10pengenalan MyCard masing-masing.
00:12JPN dalam hantaran di media sosial turut memaklumkan tiada operasi khas dijalankan bagi mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia yang
00:20belum mengemaskini alamat pada MyCard.
00:24Menurut JPN, tanggungjawab memastikan maklumat pada MyCard sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyCard.
00:32Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyCard digalakkan hadir ke JPN untuk mengemaskini maklumat tersebut.
00:41Kata JPN, charge bagi penggantian MyCard adalah RM10.
00:44Sebenarnya, JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan dawaan bahawa kerajaan memaksa semua rakyat menukar MyCard atau mencari keuntungan melalui
00:53pelaksanaan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang sememangnya sudah lama berkuat kuasa.
01:00Jelasnya, dawaan sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
01:08Sebelum ini, tular dawaan di media sosial bahawa kegagalan mengemaskini alamat selepas berpindah tempat kediaman boleh menyebabkan seseorang berdepan tindakan
01:17undang-undang termasuk denda sehingga RM20,000, penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:23Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, sekiranya seseorang bertukar tempat kediaman dengan tempoh tinggal adalah 90 hari atau
01:33lebih, pegantian penukaran alamat pada kad pengenalan perlu dibuat.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended