Skip to playerSkip to main content
Pemilik kedai runcit, warga Bangladesh mengaku bersalah jual beli minyak masak peket

Seorang pemilik kedai runcit mengaku bersalah menjual minyak masak peket kepada seorang lelaki warga asing di premisnya pada minggu lalu.

Muhammad Anwar Karthiban, 30, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen 2, di Butterworth pada pagi Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788876/berita/semasa/pemilik-kedai-runcit-warga-bangladesh-mengaku-bersalah-jual-beli-minyak-masak-peket

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #beritaSemasa #Jualminyakmasakpaket #wargaasing

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pemilik kedai runcit mengaku bersalah menjual minyak masak paket kepada seorang lelaki warga asing di premisnya pada minggu lalu.
00:08Mengikut pertuduhan, Muhammad Anwar Kartiban, 30 tahun, didapati menjual barang kawalan iaitu minyak masak dalam bungkusan polybag seberat 1 kg,
00:19sedangkan barang kawalan tersebut tidak boleh dijual kepada bukan warga negara Malaysia.
00:24Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis tanpa nama di lingkaran Kasia Barat, Simpang 4 pada jam 5.40
00:32petang 19 Julai lalu.
00:35Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.
00:41Sementara itu, pembeli warga Bangladesh, MD Roshidul Malita, 44 tahun, turut mengaku bersalah atas pertuduhan membeli satu paket minyak masak
00:51daripada Muhammad Anwar.
00:52Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5 petang di lokasi dan pada tarikh yang sama.
00:59Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan.
01:05Kes ditangguhkan sehingga 21 Ogos bagi mendapatkan laporan kimia untuk mengesahkan barangan kawalan tersebut merupakan minyak masak tulin.
Comments

Recommended