00:00Sebanyak tujuh kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka sepanjang kempen pilihan raya negeri PRN Negeri Sembilan ke-16.
00:09Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad, daripada jumlah itu sebanyak dua kertas siasatan dibuka pada Rabu
00:16membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Kesiksaan kerana melakukan hianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.
00:27Katanya secara kumulatif, sepanjang tempoh 18 hingga 22 Julai, Polis Negeri Sembilan telah menerima 12 laporan polis berkaitan kesalahan pilihan
00:37raya.
00:38Selain itu, beliau berkata sebanyak 53 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik bagi PRN berkenaan diterima dan
00:47diluluskan semalam
00:48menjadikan jumlah keseluruhan 226 permit telah diluluskan setakat ini.
00:53Kesemua program dan aktiviti politik yang diadakan dipantau oleh PDRM bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan
01:04dan keteteraman awam.
01:06Al-Zafni berkata polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang tempoh berkempen dan sebarang pelanggaran
01:16undang-undang akan diambil tindakan tegas.
01:18Orang ramai diseru untuk terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan PRN Negeri
01:28Sembilan ke-16 berlangsung dalam keadaan aman, harmoni dan teratur.
Comments