Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Calon atau parti? Itu antara persoalan yang diajukan kepada masyarakat Cina di DUN Chennah menjelang PRN Negeri Sembilan.

Tinjauan Astro AWANI mendapati ramai pengundi mengutamakan calon tempatan yang mudah dihubungi, selain berharap wakil rakyat lebih responsif terhadap isu setempat dan kebajikan masyarakat.

Wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi ada laporannya.
Transcript
00:00Pada penjelam pilihan raya negeri 9 ke-16, Estrawani cuba memahami sentimen pengundi Cina di Duncnah yang menyaksikan pertandingan satu
00:08lawan satu antara calon Pakatan Harapan PH Anthony Loke dan calon Barisan Nasional BN daripada MCA Xiao Kong Chun.
00:15Adakah faktor parti mendominasi atau calon tempatan yang mudah didekati menjadi penentunya?
00:21Kita terus saja bersama wartawan Farhan Hakimi yang telah pun meninjau kawasan itu dan ada perinciannya. Silakan Farhan.
00:32Baik, terima kasih Jasmine di Bukit Jalil. Hari saya berakhir di Pekan Bahau. Sebuah pekan yang berada di bawah Dun
00:38Bahau dengan jumlah pengundi hampir 30,000 orang.
00:44Dan tentunya saya di sini untuk meninjau situasi kempen dan juga meninjau kegiatan ekonomi masyarakat setempat untuk saya memahami dan
00:54juga cerap dan kemudian laporkan kepada anda.
00:57Dan sebentar tadi sebelum saya sampai ke sini lebih kurang sejam ataupun dua jam sebelum saya berada di Simpang Durian
01:06untuk menemu bual beberapa masyarakat setempat daripada kaum China mengenai sentimen mereka terhadap calon-calon yang dipertandingkan.
01:18Kerana ini juga kalau kita lihat salah satu kerusi tumpuan ya Jasmine kerana ia menyaksikan pertumbungan satu lawan satu antara
01:25calon Pakatan Harapan PH yang juga merupakan setiusaha agung DAP Anthony Lok Siu Fook dan juga calon barisan nasional BN
01:33daripada parti komponen MCA iaitu saudara Xiao Kong Chun.
01:38Dan berdasarkan tinjauan saya apa yang mereka nyatakan kepada saya calon tempatan yang sentiasa bersama masyarakat menjadi faktor utama mereka
01:47ke arah kecenderungan untuk memilih calon-calon yang dipertandingkan ini.
01:53Kata salah seorang penduduk yang saya temubual itu mereka mahu lihat seorang calon ataupun adun sekiranya dia diberi mandat turun
02:04padang bertanyakan kabar mengenai keadaan rakyat, keadaan ekonomi masyarakat di sana dan sebagainya dan tentunya melakukan sesuatu ataupun memberi inisiatif
02:16untuk membantu masyarakat China ataupun masyarakat disimpang durian secara keseluruhannya.
02:22Dan saya dapati juga mereka berpendapat kecenderungan pengundi China di antara calon dan juga parti itu adalah seimbang katanya sebahagian
02:35pengundi berasal dari kawasan itu tetapi bekerja di bandar-bandar besar sekaligus menyukakan ramalan terhadap corak pengundian mereka pada PRN
02:46Negeri Sembilan kali ini.
02:47Kita mungkin boleh dengarkan sedikit sedutan apa yang mereka katakan kepada saya tadi.
02:54Kalau pagi saya, saya penduduk tempatan, saya memang nak satu YB yang duduk sini baru dia boleh senang bila-bila
03:02kita nak cari dia senang.
03:04Macam Anthony Locke, dia memang dia kuat, kita tahu dia kuat tapi dia satu orang mana boleh kawal dua tempat
03:12sebab dia menteri.
03:14Dia banyak urusan lagi.
03:19Sepanjang kali ini, memang calon memang memang ada satu faktor yang penting lah.
03:28Tapi, tengok kita parti lah, kita buat parti lah, sini ada 50% orang MCA lah.
03:40Kalau ahli-ahli semua boleh bekerja sama, saya rasa ada peluang lah.
03:50Saya ingat ini kali kita pentingkan calon lah sebab tahun ini, calon ini akan datang daripada titik orang tempatan.
04:00Sebab itu, kalau kita panggil berkhidmat, senang kita hubung.
04:06Kalau orang luar mari, mungkin dia sibuk dengan urusan diri.
04:10Susah sikit.
04:17Baik, jadi berdasarkan sedutan itu, apa yang saya boleh rumuskan sebenarnya, faktor calon dan juga parti
04:24sama-sama memainkan peranan mereka dalam menentukan sokongan pengundi, terutamanya masyarakat Cina di Simpang Durian
04:33yang terletak di bawah Dun Cenah, di bawah Parlimen Jelebu.
04:36Dan antara lain, yang mereka nyatakan juga kepada saya adalah golongan berusia
04:41dilihat lebih cenderung ke arah parti MCA yang merupakan parti komponen Barisan Nasional BN.
04:47Tetapi, untuk golongan muda kerana kata mereka ramai yang sudah berhijrah keluar daripada kawasan Simpang Durian itu.
04:55Jadi, ramalan mengenai corak pengundian mereka itu agak sukar dibaca untuk PRN kali ini.
05:03Tentunya, laporan lengkapnya akan saya bawakan di semua platform Istro Awadi untuk anda faham dan juga sama-sama kita lihat
05:11adakah apa yang dinyatakan mereka ini benar-benar sesuatu perkara yang berlaku menjelang hari pengundian nanti.
05:19Tentunya, saya akan bawakan dari semasa ke semasa.
05:23Kita kembali ke Jasmin di Bukit Jalil.
05:27Terima kasih Farhan atas laporan itu.
05:29Terperinci sekali tinjauan Farhan yang kini berada di Negeri Sembilan bersama dua lagi rakan kami yang berada di Negeri Sembilan
05:37untuk mengikuti pilihan raya Negeri Sembilan pada kali ini.
05:40Itu dia tadi Farhan Hakimi.
05:42Terima kasih.
05:42Terima kasih.
05:43Terima kasih.
Comments

Recommended