Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan mengekalkan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) sebagai mandatori bagi pekerja asing, manakala pelaksanaannya untuk pekerja tempatan ditukar kepada penyertaan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta selepas keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri.

Category

🗞
News
Transcript
00:06Salam Fiatra, ini adalah perkembangan yang baru kami terima di mana kerajaan mengekalkan caruman skim kemalangan bukan bencana kerja lindung
00:1524 jam sebagai mediteri bagi pekerja asing.
00:18Manakala pelaksanaannya untuk pekerja tempatan ditukar kepada penyertaan secara sukarela, berkuatkuasa serta merta selepas keputusan dibuat oleh jemaah menteri.
00:28Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan berkata keputusan itu dicapai setelah kerajaan meneliti pelbagai pandangan dan maklum balas yang
00:38dikemukakan rakyat berhubung pelaksanaan skim berkenaan.
00:41Menurut beliau, pekerja tempatan kini diberi kebebasan untuk membuat pilihan sama ada mahu mencarum di bawah skim lindung 24 jam
00:49berdasarkan keperluan dan pertimbangan masing-masing.
00:52Mekanisme pelaksanaan serta kaedah penyertaan sukarela akan diumumkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekiso dalam masa terdekat.
01:00Bagaimanapun, kerajaan menegaskan tiada perubahan terhadap pelaksanaan skim bagi pekerja asing yang akan terus diwajibkan mencarum mengikut peruntukan undang-undang
01:10sedia ada.
01:10Dalam kenyataan itu, Pekiso menegaskan skim lindung 24 jam kekal sebagai inisiatif penting pelindungan sosial yang menyediakan pelindungan kepada pekerja
01:20sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu dan tempat kerja termasuk ketika menjalankan aktiviti harian.
01:26Menurut Pekiso, usaha memastikan kebajikan serta pelindungan sosial seluruh tenaga kerja di negara ini terus menjadi keutamaan agensi itu di
01:35bawah Kementerian Sumber Manusia Kesuma.
01:37Pada masa sama, Kesuma akan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim berkenaan menjelang penghujung tahun ini termasuk dari aspek hala tujuh
01:46dasar, keberkesanan pelaksanaan dan kemampanan dana.
Comments

Recommended