00:00Perebutan naratif saat akhir dalam kempen pilihan raya negeri PRN Johor ke-16 semakin hangat apabila hanya berbaki dua hari
00:07lagi.
00:08Isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan naratif undi barisan nasional BN dapat pas,
00:14antara yang menjadi perhatian terutama sebagai bahan modal kempen secara digital.
00:20Namun, di sebalik sentimen itu, BN pula menyuarakan keyakinan bahawa momentum, sokongan khususnya daripada pengundi bukan Melayu,
00:27terus meningkat sejauh mana persepsi ini mungkin menguntungkan pihak lawan.
00:32Perincian dan rangkuman tumpuan sepanjang Rabu, kita bersama rakan setugas Khalis Kadeh. Silakan Khalis.
00:39Isu membabitkan pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan naratif undi barisan nasional BN dapat pas,
00:49dilihat menjadi antara kontroversi paling berpotensi yang akan mengubah momentum saat kempen saat akhir ini untuk PRN Johor.
00:57Kenyataan-kenyataan itu sebenarnya mungkin banyak boleh kita dapat lihat di media sosial sama ada ingin mencetuskan satu gelombang atau
01:04suasana
01:05yang boleh merencatkan perkembangan politik sesuatu haluan, itu akan ditentukan 11 Julai ini.
01:12Tapi, apa yang pasti momentum sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN ini terus menunjukkan satu peningkatan sepanjang tempoh kempen.
01:20Itu bukan saya kata tetapi setiausaha agung UMNO Datuk Ashraf Wajdi Dusuki pada Rabu yang memberitahu perkembangan itu berdasarkan jelajah
01:29beliau
01:30hampir dua per tiga kawasan dun di Johor sepanjang tempoh berkempen itu.
01:35Dan pada itu Datuk Ashraf juga berkata pihaknya akan bagi tumpuan kepada usaha untuk memujuk pengundi atas pagar dan pengundi
01:46yang bukan menyokong parti itu pada minggu terakhir kempen.
01:49Dan maksudnya inilah masanya beberapa hari saja lagi baki dan bila bercakap soal ini turut mengulas perkara ini adalah calon
01:59PH Dun Gambir
02:00Muhammad Nur Muhammad Yusof yang menepis dawaan sokongan pengundi China terhadap gabungan itu semakin suram
02:07berdasarkan tinjauan, berdasarkan kempen beliau.
02:11Dan menarik juga terkait soal keyakinan ini kita lihat Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui Perikatan Nasional PN
02:18mungkin tidak mampu bentuk kerajaan negeri pada PRN ini.
02:22Tapi apa kata beliau?
02:23Tegas Tan Sri Muhyiddin sokongan pengundi kepada PRN ini
02:26ya tetap penting bagi memastikan gabungan itu memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi
02:32untuk memainkan peranan semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
02:38Naratif itu dan perkembangan yang boleh dikatakan menjawab spekulasi-spekulasi itu
02:43memainkan sentimen sepanjang perjalanan kempen hari ini berbaki tinggal Khamis, Jumaat, dua hari sahaja lagi.
02:53Kemudian 11 Julai ini bangsa Johor akan memilih.
02:56Setakat itu dahulu perkembangan di sini saya melaporkan bersama Nasruddin Samad.