00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN Selangor menyerbu sebuah kilang yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi
00:08tujuan perdagangan dalam satu operasi bersepadu di Seri Kembangan pada Rabu.
00:12Pengarah KPDN Selangor, Mohd Hanif Asaari berkata, serbuan yang dijalankan bersama bagian perisikan dan operasi khas serta Jabatan Imigresi Malaysia,
00:22JIM Putrajaya pada jam 11.25 pagi itu berjaya menyita pelbagai barangan yang dianggarkan bernilai RM215,700.
00:34Antara yang disita ialah 31,140 unit sabun pencuci, 40,000 plastik pembukusan dan beberapa dokumen dipercayai menggunakan logo halal
00:45yang tidak diperakui.
00:47Menurut beliau, operasi berkenaan dijalankan susulan maklumat awam yang diterima mengenai penggunaan logo halal yang tidak sah pada produk keluaran
00:55syarikat tersebut.
00:56Siasatan awal mendapati kilang itu memasarkan produk sabun pencuci secara dalam talian.
01:03Dalam operasi sama, seorang pengarah syarikat dan lima pekerja waga asing turut diperiksa bagi membantu siasatan.
01:10Kesemua pekerja asing berkenaan kemudiannya diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut berkaitan status serta dokumentasi mereka.
01:18Muhammad Hanif berkata kes di siasat mengikut Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
01:28Beliau menegaskan KPDN akan terus memperhebat penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak menyalahgunakan logo halal yang boleh mengelirukan pengguna
01:37serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap pensijilan halal negara.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments