Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Lim Hui Ying menjelaskan pengguguran kandungan kekal menjadi kesalahan jenayah di Malaysia, namun Seksyen 312 Kanun Keseksaan memperuntukkan pengecualian jika kehamilan mengancam nyawa atau kesihatan fizikal dan mental wanita.
Transcript
00:00Penamatan kehamilan hanya dibenarkan di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan sekiranya dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang berpendapat penerusan kehamilan
00:11boleh mengancam nyawa atau menyebabkan kesederaan kepada fizikal atau mental wanita hamil.
00:17Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Huying berkata perkara itu diperjelaskan sesulan kenyataan beberapa pihak berhubung jawapannya terhadap
00:27soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin
00:36lalu.
00:38Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata di bawah Kanun Keseksaan, khususnya Seksyen 312 hingga Seksyen 316, pengguguran kandungan pada
00:47asasnya merupakan satu kesalahan jenayah.
00:49Bagandapun katanya Undang-Undang Malaysia turut memperuntukkan pengecualian yang jelas di bawah Seksyen 312. Dalam keadaan tertentu, penamatan kehamilan adalah
00:58dibenarkan di sisi Undang-Undang.
01:00Huying berkata kenyataannya di Dewan Rakyat merujuk secara khusus kepada soalan mengenai jumlah klinik yang dikesan menawarkan perkhidmatan pengguguran secara
01:09haram tanpa kebenaran di seluruh negara.
01:12Beliau mengakui mungkin timbul kekeliruan apabila jawapan yang diberikan tidak menyatakan secara jelas mengenai pengecualian di bawah Seksyen 312 Kanun
01:21Keseksaan.
01:22Menurutnya, penjelasan itu bukan bertujuan mengetepikan pengecualian yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang sedia ada.
01:28Sebaliknya, salah tafsiran mungkin berlaku apabila kenyataannya dilihat di luar konteks atau dipengaruhi tajuk pelaporan yang tidak menggambarkan keseluruhan keadaan.
01:38Beliau berkata, Kementerian sentiasa menghormati kerangka perundangan yang berkuatkuasa di negara ini dan berharap penjelasan itu dapat menjernihkan kekeliruan berhubung
01:47kedudukan Undang-Undang berkaitan penamatan kehamilan.
Comments

Recommended