Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Malaysia menggantung serta-merta semua perolehan pertahanan baharu dari Norway susulan pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile untuk kapal tempur pesisir TLDM, namun kerajaan memberi jaminan projek LCS kekal diteruskan mengikut jadual.
Transcript
00:00Malaysia memutuskan untuk menghentikan serta-merta semua perolehan peralatan dan kelengkapan pertahanan baharu dari Norway.
00:08Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadil berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan negara berkenaan
00:13membatalkan lesen ekspor sistem peluru berpandu yang diperuntukkan untuk kapal tempoh pesisi LCS oleh tentera laut diraja Malaysia TLDM.
00:25Menyelusi satu kenyataan, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
00:30Langkah itu melibatkan penggantungan sebarang perolehan baru dari Norway oleh Kementerian Pertahanan.
00:36Pembatalan sistem tersebut melibatkan sistem Naval Strike Missile NSM yang sebelum ini dirancang untuk dilengkapkan pada kapal LCS milik TLDM.
00:46Bagaimanapun, Kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan itu tidak akan menjejaskan jadual penyerahan kapal LCS yang sedang dibangunkan.
00:55Sebelum ini, Menteri Pertahanan Muhammad Khalid Nordin berkata projek LCS masih diteruskan dan kapal tersebut kekal mempunyai keupayaan peperangan
01:04anti kapal selam, anti udara serta peperangan elektronik.
01:09Khalid berkata Mindef dan TLDM sedang mengambil langkah bagi memastikan keupayaan peluru berpandu,
01:15permukaan ke permukaan dapat dipulihkan melalui penyelesaian yang bersesuaian.
01:20Sehingga 31 Mei lalu, sebanyak RM8.45 bilion telah dibelanjakan bagi projek LCS bersamaan 76.2% daripada nilai keseluruhan
01:31projek.
01:32Kemajuan fizikal projek pula direkodkan pada tahap 78.1% berbanding sasaran asal 85.21%.
Comments

Recommended