Skip to playerSkip to main content
Tetak penunggang motosikal gara-gara hon, pembuli jalanan dijel 10 tahun

Hanya kerana dibunyikan hon, tindakan ganas seorang pembuli jalanan menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di Lebuhraya Persekutuan, bulan lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Jurujual, Azmi Jantan, 43, dikenakan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap, 11 Jun lalu, selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Hakim, ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786889/berita/semasa/tetak-penunggang-motosikal-gara-gara-hon-pembuli-jalanan-dijel-10-tahun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penjara #PembuliJalanan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hanya kerana dibunyikan horn, tindakan ganas seorang pembuli jalanan menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di Lebuh Raya Persekutuan
00:10bulan lalu mengundang padah apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Session Shah Alam pada Rabu.
00:18Jurujual Azmi Jantan, 43 tahun, dikenakan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap 11 Jun lalu selepas mengekalkan pengakuan bersalah dihadapan Hakim
00:30Ainul Bashirah, Dona Don Biajid.
00:33Mengikut pertuduhan, Azmi didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap eksekutif sebuah syarikat, Muhammad Fairuz Jaafar, 45 tahun, dengan menetak mangsa
00:44menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian.
00:47Perbuatan itu dilakukan di kilometer 14.6 Laluan Motosikal, Lebuh Raya Persekutuan, Seksyen 13 Shah Alam, jam 8.19 pagi
00:58pada 11 Jun lalu.
00:59Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit
01:10kesalahan.
01:11Semasa proseding, timbalan pendakwa raya Amir Saifullah Muhammad Salehuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kes itu menyebabkan mangsa mengalami
01:21kecederaan serius pada bahagian organ penting.
01:25Menurutnya, insiden terbabit berpunca daripada isu remeh apabila mangsa hanya membunyikan horn namun tertuduh bertindak agresif dengan menggunakan senjata berbahaya
01:35yang boleh membawa maut.
01:36Bagaimanapun, Azmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan.
Comments

Recommended