Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kerajaan memutuskan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di bawah PERKESO tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta selepas mengambil kira maklum balas yang diterima.
Transcript
00:00Kerajaan memutuskan caruman bagi skim kemalangan bukan bencana kerja, lindung 24 jam, tidak lagi bersifat mandatory.
00:08Juru cakap kerajaan, Fahmi Fadil berkata sebaliknya caruman di bawah skim perkesu itu akan dilaksanakan secara sukarela, berkuatkuasa serta merta.
00:20Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas berhubung pelaksanaan skim
00:28berkenaan.
00:28Sebelum ini, skim lindung 24 jam mencadangkan caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja bagi menyediakan perlindungan di luar
00:38waktu bekerja.
00:39Menurut Fahmi, Jemaah Menteri bersetuju agar caruman itu dilaksanakan secara sukarela dan bukan mandatory.
00:46Beliau berkata kenyataan lanjut mengenai keputusan tersebut akan dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia.
00:52Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia R. Ramanan menjelaskan kadar caruman 0.75% itu jauh lebih rendah berbanding kebanyakan produk
01:01insurans di pasaran.
01:03Skim lindung 24 jam diwujudkan bagi memberi perlindungan sekiranya pekerja mengalami kemalangan atau musibah di luar waktu bekerja.
Comments

Recommended