00:00Tiga minggu lalu, negara dikejutkan dengan isu penempatan warga Rohingya di Hulu Langat
00:06yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat dan mendapat reaksi rakyat seluruh negara.
00:14Bantahan yang berlaku bukan semata-mata kerana soal kaum atau agama,
00:18tetapi kerana timbul persoalan tentang keselamatan, kesesakan, kebersihan,
00:24pematuhan undang-undang dan kegagalan pihak berkuasa mengurus penempatan tersebut dengan lebih tersusun.
00:33Media sosial pula dipenuhi dengan pelbagai dakwaan, kebencian dan fitnah
00:38sehingga akhirnya sukar membezakan antara pelarian sebenar, pendatang ekonomi dan anggota sindiket.
00:46Keadaan ini jika tidak ditangani dengan betul, amat berbahaya
00:51kerana ia boleh mencetuskan ketegangan sosial yang lebih besar.
00:56Puan Yang Di-Pertua, dalam membincangkan isu ini, kita tidak boleh melihatnya secara hitam atau putih.
01:02Ada pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia,
01:05ada pula pihak yang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
01:10Bagi saya, kedua-duanya mesti berjalan seiring.
01:13Malaysia tidak boleh menjadi negara yang menutup pintu hati,
01:17tetapi Malaysia juga tidak boleh menjadi negara yang membuka pintu sempadan tanpa kawalan.
01:23Inilah keseimbangan yang perlu kita capai.
01:27Saya menghargai dan menghormati penegasan suhakam
01:30bahawa setiap manusia termasuk pelarian dan pencari suaka
01:35mempunyai hak kepada layanan bermaruah,
01:39perlindungan daripada eksploitasi,
01:41akses kepada pendidikan asas,
01:43serta layanan yang adil,
01:46selaras dengan prinsip hak asasi manusia.
01:49Namun, kita juga harus ingat bahawa hak asasi manusia tidak boleh dibincangkan
01:54tanpa mengambil kira hak rakyat Malaysia sendiri.
01:58Justru itu, apabila berlaku penempatan yang tidak terkawal,
02:02kemasukan tanpa dokumen,
02:04eksploitasi buruh, penyeludupan manusia dan peningkatan keresahan masyarakat,
02:09kerajaan wajib bertindak.
02:12Puan Yang Di-Pertua,
02:13Malaysia sebenarnya berada dalam kedudukan yang sangat unik.
02:17Kita bukan penanda tangan konvensyen status pelarian 1951,
02:23namun kita menempatkan 215,000 pelarian
02:27dan pencari suaka termasuk daripada etnik rohia
02:32yang direkodkan UNHCR berjumlah 126,000.
02:3764,700 ataupun 46% adalah merupakan kanak-kanak di bawah 18 tahun.
02:46Ini bermaksud Malaysia telah lama memikul tanggungjawab kemanusiaan
02:50tanpa obligasi undang-undang antarabangsa.
02:53persoalannya sampai bila Malaysia perlu menanggung beban ini secara bersendirian.
02:59Mengapa negara-negara maju yang sering bercakap tentang hak asasi manusia
03:03tidak menerima lebih ramai pelarian?
03:06Mengapa negara-negara ASEAN masih gagal mencari penyelesaian yang tuntas
03:10terhadap krisis Myanmar?
03:12Mengapa negara transit seperti Malaysia
03:15terus menanggung kos sosial, ekonomi dan keselamatan?
03:21Persoalan-persoalan inilah yang mesti kita jawab.
Comments