Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Isu hutang 1MDB, usaha mendapatkan semula aset yang diseleweng, statistik pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat krisis global serta keberkesanan Skim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) antara fokus utama sidang Dewan Rakyat hari ini. Turut menjadi perhatian ialah agenda peralihan tenaga negara dan kesiapsiagaan Kementerian Pendidikan menampung peningkatan permohonan kemasukan prasekolah.
Transcript
00:00Persoalan mengenai jumlah hutang One Malaysia Development Berhad, One MDB yang telah dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan, antara yang menjadi tumpuan
00:09dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
00:11Menurut aturan urusan mesyuarat yang disiarkan menerusi portal parlimen, perkara itu akan dibangkitkan pada sesi soal jawab lisan.
00:20Dalam sesi itu, Ahli Parlimen Stamping Chong Ching Jan meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan hutang yang ditanggung oleh Kerajaan
00:28Persekutuan atas Hutang One Malaysia Development Berhad, One MDB dan setakat ini.
00:34Beliau turut mempersoalkan mengenai berapakah jumlah keseluruhan yang diperoleh semula daripada dana dan aset One MDB yang diselewing.
00:43Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Pula meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan impak kerjasama rentas sektor terhadap pencapaian
00:52sasaran kapasiti tenaga boleh baharu negara, termasuk jumlah pelaburan yang berjaya direalisasikan serta cabaran yang masih menghalang kemajuan agenda peralihan
01:02tenaga.
01:03Sementara itu, menyentuh mengenai isu murid prasekolah, Ahli Parlimen Baling Asan Saad meminta Menteri Pendidikan menyatakan kesiapsiagaan kementerian menampung peningkatan
01:14permohonan kemasukan prasekolah, termasuk aspek bilik darjah, guru dan kemudahan pembelajaran.
01:21Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 16 hari hingga 16 Julai ini.
Comments

Recommended