Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia dengan agenda memperkukuh kerjasama dua hala termasuk kesalinghubungan sempadan, pertanian dan perdagangan, selain merasmikan jalan baharu antara Malaysia dan Thailand bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Transcript
00:00Perdana Menteri Thailand, Anutin Chan Virakul akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia dengan kerjasama sempadan dan pertanian antara
00:08agenda utama perbincangan.
00:11Beliau turut akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan jalan baharu yang menghubungkan Malaysia dan Thailand.
00:19Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Anutin akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar di kompleks Perdana Putra.
00:27Lawatan rasmi itu merupakan yang pertama buat Anutin sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri Thailand pada Mac 2026.
00:35Anutin hadir atas jemputan Anwar dan akan diiringi isteri serta delegasi Jemaah Menteri dan pegawai kanan Kerajaan Thailand.
00:43Antara perkara yang dijangka dibincangkan termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan, kesalih hubungan sempadan, pertanian, pelancongan, pendidikan serta hubungan antara rakyat.
00:55Kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa dalam kerangka ASEAN.
01:02Mereka juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman berkaitan kerjasama dalam sektor pertanian.
01:08Pada Jumaat, Anwar dan Anutin dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Jalan Baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan ICQS,
01:20Bukit Kayu Hitam di Malaysia dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin CIQ Sadau di Thailand.
01:28Lawatan itu menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan rapat antara kedua-dua negara jiran dan anggota ASEAN.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended