Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Sebanyak 242,063 pendatang tanpa izin daripada 112 negara telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi Program Repatriasi Migran yang dilaksanakan sejak 15 Mei 2025 hingga Jun tahun ini.
Transcript
00:00Sebagai 242,063 pendatang tanpa izin, daripada 112 negara telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing
00:08menerusi program repatriasi migran yang dilaksanakan sejak 15 Mei 2025 hingga Jun tahun ini.
00:16Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syamsul Anwar Nasarah berkata mereka adalah sebahagian besar daripada 264,191 warga asing yang
00:26mendaftar di bawah program tersebut.
00:31Menurutnya, Jabatan Imigresen turut mempergiat tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin menerusi pendekatan proaktif
00:39melibatkan operasi penguatkuasaan, pemantauan pematuhan, pelaksanaan program repatriasi serta kerjasama strategik dengan pelbagai agensi.
00:49Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Jun 2026, JIM melaksanakan 5,470 operasi penguatkuasaan di seluruh negara
00:58melibatkan pemeriksaan ke atas 76,608 individu.
01:03Mengenai kebimbangan masyarakat terhadap kewujudan kawasan tumpuan warga asing,
01:08katanya JIM turut memperhebat operasi di lokasi berisiko tinggi termasuk premis yang menggaji pekerja asing,
01:14institusi pendidikan, kawasan perniagaan, pasar borong dan kawasan perumahan dengan 2,528 pemeriksaan telah dijalankan.
01:23Selain itu, beliau berkata JIM melaksanakan 470 operasi bersepadu bersama polis di Raja Malaysia PDRM,
01:32Jabatan Pendaftaran Negara JPN, pihak berkuasa tempatan PBT dan agensi berkaitan,
01:37selain 71 operasi bersama PBT, bagi membanteras penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang.
01:46Dalam pada itu, Syamsul Anwar berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIMS PDRM
01:52merekodkan 378 kes di bawah kategori kes jenayah melibatkan anggota polis pada 2023
01:58dan jumlah itu meningkat kepada 407 kes pada 2024 serta 463 kes pada 2025.
02:06Selain itu, sebanyak 12 kes kematian dalam tahanan direkodkan pada 2023 meningkat kepada 13 kes pada 2024 dan 22 kes
02:15pada 2025.
02:17Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Suhakam 2024
02:24bagi Kementerian itu pada Rabu.
Comments

Recommended