Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Lee turut berikrar menjadikan Korea Selatan negara pertama yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya merentas pelbagai industri
Transcript
00:00Presiden Korea Selatan berkata manfaat daripada kejayaan syarikat perlu dikongsi secara lebih meluas dengan masyarakat
00:07sambil memaklumkan kerajaan akan berangka pelan untuk menggunakan lebihan hasil cukai yang dijana sektor semikonduktor secara berkesan.
00:16Lee Jae Myung berkata demikian pada sidang media sempena setahun pentadbirannya selepas memenangi pilihan raya Presiden
00:23susulan kegagalan cubaan menguatkuasakan Undang-Undang Tentera yang membawa kepada penyingkiran pemimpin terdahulu.
00:32Lee turut berikram menjadikan Korea Selatan negara pertama yang mengintegrasikan kecerdasan buatan AI sepenuhnya
00:40merentas pelbagai industri serta rakan pilihan utama bagi negara yang mahu meningkatkan keupayaan pertahanan secara berdikari.
00:47Beliau berkata pertumbuhan pendapatan korporat dan peningkatan hasil cukai luar biasa adalah dua perkara berbeza
00:54namun perbincangan mengenai perkongsian manfaat kejayaan syarikat yang berkembang pesat dengan pekerja dan masyarakat akan terus berlangsung.
01:03Menurutnya walaupun langkah sedemikian berpotensi menjejaskan daya saya industri, kejayaan sektor berkenaan turut membuka ruang untuk menilai kesemua strategi pertumbuhan
01:13negara.
01:13Lee berkata kerajaan akan menentukan kaedah paling berkesan untuk memanfaatkan lebihan hasil cukai daripada industri semikonduktor
01:21dan akan mengumumkan projek pelaburan berskala besar dalam masa terdekat.
Comments

Recommended