00:00Pertemuan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengadakan pertemuan empat mata bersama enam syarikat utama Jepun bagi meneroka peluang kerjasama
00:06dan pelaburan dalam sektor strategik.
00:08Pertemuan tersebut melibatkan syarikat tenaga boleh baharu seperti Shizen Energy, syarikat teknologi otomotif Denso, syarikat tenaga Enios, syarikat pelagangan dan
00:18pembangunan industri Marubini, gergasi teknologi IBM serta konglomerat industri Mitsubishi Corporation.
00:25Antara bidang yang menjadi tumpuan termasuk tenaga boleh baharu, elektrifikasi otomotif, hidrogen, transformasi digital, kecerdasan buatan AI, infrastruktur dan penyelesaian
00:37tenaga mampan.
00:38Lawatan rasmi tiga hari bermula 8 Jun ini bakal menyaksikan Malaysia dan Jepun memuktamadkan kenyataan bersama bagi memperkukuh komitmen kedua
00:48-dua negara selepas hubungan dua hala dinaik taraf kepada kerjasama strategik komprehensif.
00:53Empat memerandam kerjasama dan dua surat hasrat turut dijangka dimeterai melibatkan bidang pertahanan dan keselamatan serantau, kesihatan, peralihan tenaga, alam
01:05sekitar serta pendidikan tinggi.
01:07Anwar melihat lawatan ini sebagai peluang strategik untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi selain memperkukuh pembangunan bakat
01:15bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Comments