Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada sebuah syarikat barang kemas dari Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan puluhan barangan kemas mewah. Keputusan itu menamatkan pertikaian undang-undang yang berlarutan sejak lapan tahun lalu.
Transcript
00:00Pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansur membayar RM67.5 juta kepada sebuah syarikat barang
00:09kemas dari Lubnan
00:10selepas mendapati isteri bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab terhadap kehilangan puluhan barangan kemas mewah.
00:17Keputusan dibuat Hakim Datuk Kui Chiusun menerusi dalam talian yang juga menyatakan bahawa Rosmah bertanggungjawab sepenuhnya
00:25atas kegagalan memulangkan barangan kemas berkenaan kepada syarikat terbabit.
00:31Mahkamah memerintahkan Rosmah membayar ganti rugi itu kepada syarikat Global Royalty Trading Sal berhubung kehilangan 43 barangan kemas yang menjadi
00:39pertikaian sejak 8 tahun lalu.
00:42Selain itu, Mahkamah membenarkan tututan saman syarikat barang kemas dari Lubnan itu dan mengerahkan Rosmah membayar jumlah tersebut dalam tempoh
00:50sebulan bermula Rabu.
00:52Mahkamah teruk memutuskan terdapat unsur kecuaian di pihak defendant dalam menguruskan barangan kemas yang diterima.
00:58Selain jumlah ganti rugi itu, Rosmah juga diarah membayar kos guaman sebanyak RM150,000 dengan masing-masing RM75,000 diberikan
01:07kepada plantif dan pihak ketiga.
01:08Saman berkenaan difalkan oleh Global Royalty yang mendakwa 44 barang kemas mewah termasuk kalung, berlian, cincin, gelang, anti-anting dan
01:18tiara yang dihantar kepada Rosmah untuk tujuan tontonan tidak dipulangkan semula.
01:23Syarikat itu turut mendakwa hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan pihak berkuasa manakala selebihnya tidak dapat
01:31dikesan.
01:31Rosmah bagaimanapun menafikan bertanggungjawab atas kehilangan tersebut dan menegaskan barang kemas berkenaan hilang selepas beberapa siri serbuan polis di Pavilion
01:41Residence pada Mei 2018, susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.
01:46Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia turut dinamakan sebagai pihak ketiga dalam proseding saman itu.
Comments

Recommended