00:00Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra bebas sepenuhnya selepas menerima pengampunan diraja kurang seminggu lalu,
00:08sekaligus menamatkan segala sekatan hukuman terhadap beliau.
00:12Jabatan Pemulihan Thailand mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan ahli politik berusia 76 tahun itu tidak lagi tertakluk
00:19kepada sebarang hukuman jenayah pemantauan atau syarat berkaitan selepas proses pembebasan rasmi disempurnakan.
00:29Dalam satu kenyataan, ia menjelaskan Thaksin merupakan antara individu yang layak menerima pengampunan diraja pada 3 Jun lalu
00:36seberang ulang tahun kelahiran Ratu Sutida memandangkan baki hukuman yang perlu dijalaninya kurang daripada setahun.
00:43Pada 9 September 2015, Thaksin diarah menjalani hukuman penjara selama 8 bulan
00:48daripada tempoh asal setahun selepas disabitkan atas kesalahan rasuah dan penyalanggunaan kuasa.
00:53Bagaimanapun, Thaksin kemudian dibebaskan secara peril pada bulan lalu atas faktor usia dan masalah kesihatan.
01:00Susulan pengampunan tersebut peranti pemantauan elektronik yang dikenakan sebagai syarat pembebasan peril turut ditanggalkan.
01:07Jelas jabatan itu lagi, pihak penjara telah mengeluarkan dokumen pembebasan rasmi serta sijil pelepasan kepada Thaksin
01:13selaras dengan prosedur yang dikenakan kepada bantuan lain yang layak.
01:17Thaksin merupakan antara tokoh paling berpengaruh dalam politik modern Thailand
01:21dan pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Perdana Menteri.
01:24Bagaimanapun, penggal keduanya berakhir lebih awal selepas beliau digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera pada tahun 2006.
01:32Sementara itu, media Thailand melaporkan Thaksin dijangka berkunjung ke Dubai dalam masa terdekat
01:36namun tujuan lawatan tersebut belum didedahkan.
Comments