Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 mencatat peningkatan mendadak hampir 2.6 juta pengunjung, mengatasi rekod tahun lalu. Pencapaian ini mencerminkan perkembangan positif budaya membaca serta pertumbuhan industri buku tempatan yang semakin matang dan dinamik.
Transcript
00:00Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari sehingga 7 Jun lepas mencatat rekod baru apabila
00:10menerima kehadiran hampir 2.5 juta pengunjung mengatasi pencapaian 2.1 juta pengunjung yang direkodkan pada tahun lepas.
00:18Menurut pengerusi jawatan kuasa, pengelola PBAKL 2026, Muhammad Khair Nadiron, peningkatan konsisten itu membuktikan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh budaya
00:30membaca serta memajukan industri buku negara.
00:35Menurutnya secara purata, seramai 200 ribu pengunjung datang ke Pesta Buku Tahunan itu dan ia disifatkan satu perkembangan luar biasa
00:44dalam penganjurannya.
00:48Setiap hari lebih 200 ribu orang yang datang, keseluruhannya 2.46 juta pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
00:59Dia merupakan satu rekod baharu dan juga lama-lama sambutan yang sangat-sangat luar biasa.
01:05Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Awani Pagi, membincangkan topik PASCA PBAKL 2026 ada apa dengan festival sasrah
01:15kanak-kanak.
01:16Sementara itu, beliau berkata selepas COVID-19, jumlah pengunjung ke PBAKL terus meningkat setiap tahun bermula 1.6 juta pengunjung
01:26pada 2023,
01:27meningkat kepada 1.8 juta pada 2024 sebelum melepasi 2 juta pada tahun lalu.
01:34Jelasnya penyertaan yang memberangsangkan itu membuktikan industri buku negara terus berkembang dengan lebih matang, mantap dan dinamik.
01:43PBAKL 2026 diadakan bermula 29 Mei dan disertai 209 penerbit tempatan serta 23 penerbit antarabangsa.
01:52Bertemakan Malaysia membaca, merayakan buku, penganjuran edisi ke-43 itu menghimpunkan sebanyak 1,210 reruai dengan penyertaan 232 syarikat.
02:04Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended