00:00Pentadbiran aeronautik dan angkasa lepas kebangsaan Amerika, NASA mengumumkan empat angkasawan sebagai kru untuk misi Artemis III
00:08yang akan menguji keupayaan kapal angkasa SpaceX dan Blue Origin di orbit bumi tahun depan.
00:15NASA berkata Artemis III dijangka dilancarkan pada hujung tahun depan dan akan menjadi ujian penting dalam usaha untuk membawa manusia
00:23kembali ke bulan.
00:26Pentadbir NASA, Jared Isaacman menamakan angkasawan Amerika Syarikat, Andrew Douglas, Frank Rubio dan Randy Bresnik serta angkasawan Itali, Luca Parmitano
00:37untuk menyertai misi tersebut.
00:40Misi selama dua minggu itu akan melibatkan demonstrasi penyambungan pelbagai kapal angkasa di orbit rendah bumi termasuk kapsul Orion milik
00:47NASA bersama kapal Starship dari SpaceX dan Blue Moon dari Blue Origin.
00:52Walaupun misi ini tidak akan menuju ke bulan, ia dilihat sebagai langkah penting untuk menguji sistem pendaratan bulan yang akan
00:59digunakan dalam misi seterusnya.
01:01Program Artemis merupakan usaha utama Amerika Syarikat untuk mewujudkan kehadiran jangka panjang manusia di bulan dan kini berada dalam persaingan
01:09rapat dengan China yang menyasarkan misi pendaratan manusia menjelang tahun 2030.
01:14Kesemua kapal angkasa dalam misi ini dijangka menjalankan operasi penyambungan dan ujian teknikal bagi memastikan kesiapsagaan sistem sebelum misi pendaratan
01:23sebenar dilaksanakan.
Comments