00:00Hubungan pasang surut PAS dan UMNO memberi petunjuk bahawa kedua-dua parti perlu meneroka bentuk kerjasama politik yang baru, yang
00:08lebih segar, terbuka dan dinamik bagi menghadapi landscape politik semasa.
00:13Menurut pensyarah kanan Jabatan Pengajian, Pentadbiran dan Politik Universiti Melayu, UM, Dr. Mohd Taufik Yaakob, sejarah membuktikan PAS tidak pernah
00:23kekal lama dalam mana-mana gabungan politik yang disertainya, termasuk Perikatan, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Umar, Pakatan Rakyat, Muafakat Nasional
00:34dan juga Perikatan Nasional.
00:38Bagaimanapun katanya usaha penyatuan umah antara PAS dan UMNO masih terus diteroka, walaupun beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden parti itu,
00:46Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi sebelum ini menyatakan MN suka dihidupkan semula.
00:51Ya, saya setuju kerana apabila perpecahan berlaku melibatkan PAS dengan UMNO di bawah Mahfakat Nasional 1.0 sebelum ini, tetapi
01:02kita lihat ada usaha berterusan daripada bekas-bekas
01:06pemimpin muafakat nasional itu sendiri yang mendaftarkan muafakat nasional itu sebagai NGO. Jadi disebabkan oleh tindakan tersebutlah menyebabkan Datuk Seri
01:17Ahmad Zaid Hamidi dan Bapak-Bapak Amno tidak bersetuju semula
01:20untuk menghidupkan semula muafakat nasional kerana muafakat nasional telah dikuasai oleh individu-individu yang mendaftarkannya semula dengan pendaftaran pertumbuhan dan
01:32dikerakkan sebagai entiti yang bersifat kepentingan kumpulan tertentu sahaja.
01:38Beliau berpandangan pendekatan lebih sesuai ketika ini ialah membentuk kerjasama politik yang lebih longgar dan terbuka tanpa terdikat kepada satu
01:46platform khusus
01:47sekaligus membolehkan parti-parti mencapai persefahaman pilihan raya berdasarkan keperluan semasa.
01:53Menurut beliau, politik Malaysia kini semakin dinamik dan memerlukan parti-parti politik bersikap lebih fleksibel dalam membina kerjasama strategik.
02:00Saya lihat Amno ada keterbukaan tersebut dan PAS juga melihat bahawa mereka tidak boleh selamanya terkekal bersama dengan satu parti
02:10politik yang
02:11seperti yang saya katakan sebentar tadi, kenapa perlu ditubuhkan IPR secara berasingan. Jadi pengkhianatan itu bagi saya akhirnya menyebabkan PAS
02:20sedar bahawa kerjasama politik,
02:23kefahaman politik itu perlu diteroka dengan peluang yang lebih segar berbanding dengan hanya terus kekal.
02:28Dan bagi saya, kedua-dua parti ini, Amno, PAS, sudah lama dalam arena politik negara dan mereka sudah faham dan
02:37masak tentang sepak terajang dalam politik negara.
02:40Maka kematangan politik itu ada dalam kalangan kedua-dua pemimpin untuk menilai sama ada rakan mereka itu terus kekal sebagai
02:49rakan ataupun musuh.
02:51Belum menekankan bahawa dalam politik tiada kawan atau musuh yang kekal, sebaliknya kepentingan politik menjadi faktor utama
02:57yang menentukan corak kerjasama antara parti-parti politik.
Comments