Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
PM Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Narendra Modi atas pencapaian sebagai PM India paling lama berkhidmat.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, atas pencapaian bersejarah beliau sebagai
00:09ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di negara itu.
00:15Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi Modi dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan
00:26dan kemajuan India di pentas global.
00:29Modi mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri India pada Mei 2014, Anwar turut menegaskan Malaysia menghargai hubungan persahabatan irat yang
00:39terjalin sejak sekian lama dengan India.
00:42Beliau berkata Malaysia menantikan kerjasama perterusan antara kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang baru yang
00:52memberi manfaat kepada rakyat.
00:53Anwar turut mendoakan agar Modi terus mencapai kejayaan dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran.
Comments

Recommended