00:00Indeks saham utama Jepun Nikkei 225 mencatatkan kejatuhan terbesar dalam tempoh 3 bulan pada Isnin, manakala yen didagangkan melebihi paras
00:10160 berbanding dolar AS, susulan kebimbangan baharu terhadap penilaian saham teknologi serta peningkatan ketegangan di Asia Barat.
00:18Indeks penanda arah Nikkei 225 susut 4.6% kepada 63,747.83 mata dan berada di landasan untuk merekodkan
00:30penurunan harian terbesar sejak Mac lalu.
00:35Pasaran saham Jepun menjejaki prestasi lemah Wall Street selepas saham teknologi di Amerika menjunam pada Jumaat.
00:42Perikutan laporan pekerjaan yang kukuh bagi Mei mencetuskan kebimbangan bahawa Federal Reserve mungkin mengambil pendirian dasar moneteri yang lebih ketat.
00:52Pada masa sama, harga minyak meningkat selepas serangan Israel ke Beirut.
00:56Pada hujung minggu, mendorong Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Israel.
01:02Presiden Amerika Donald Trump bagaimanapun berkata, serangan terbaharu antara Israel dan Iran tidak akan menjejaskan usaha rundingan damai pentadbirannya dengan
01:11Teheran.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments